Thursday, April 30, 2009

Kajian tindakan dalam pendidikan

Definisi Kajian Tindakan

  • Elliot dan Adelman (1976) yang mempelopori Kajian Tndakan Bilik Darjah di UK menegaskan bahawa Kajian Tindakan adalah suatu pendekatan penyelidikan yang berusaha mempertingkatkan mutu profesionalisme guru. Ia merupakan penyelidikan terhadap situasi sosial di sekolah yang bertujuan memperbaiki kualiti amalan guru.

Ciri-Ciri Utama Kajian Tindakan

Kajian Tindakan dibentuk berasaskan beberapa ciri-ciri yang utama. Penjelasan di bawah ini menunjukkan ciri-cirinya boleh dikaji dari beberapa aspek.

Aspek Pendekatan Kajian

  • Kajian tindakan merupakan suatu pendekatan untuk memperbaiki mutu pendidikan melalui perubatan guru dalam P&P.
  • Kajian Tindakan melibatkan proses pembelajaran dan perkembangan ikhtisas guru yang sistematik melalui kritikan yang membina. oleh sebab kajian ini melibatkan guru-guru membuat analisis kritikal berkaitan dengan sesuatu tindakan dalam sesuatu situasi di dalam kelas, maka perubahan dicadangkan bagi memperbaiki dan mempertingkatkan kurikulum di sekolah atau sistem pendidikan yang diamalkan.
  • Kajian Tindakan melibatkan guru-guru membina teori daripada amalan sebenar, maka penekanan Kajian Tindakan adalah kepada masalah praktik bukannya masalah teori.
  • Keutamaan diberi untuk memahami dan memperbaiki amalan sendiri. Amalan sendiri adalh fokus utama sebelum guru memberi perhatian terhadap aspek-aspek lain.

Aspek Alam Persekitaran Kajian

  • Kajian Tindakan dilakukan dalam situasi sebenar seperti di dalam bilik darjah atau sekolah.
  • Kajian Tindakan melibatkan guru dan rakan sejawatannya sebagai penyelidik bersama. Maka aktiviti kajian Tindakan adalah dilakukan secara kolaboratif.
  • Aktiviti kajian melibatkan guru-guru yang terlibat secara langsung dalam sesuatu isu atau masalah di persekitaran sekolah. Maka isu dan masalah menjadi fokus bagi Kajian Tindakan.
  • Kajian tindakan melibatkan tindakan intrvensi dari orang lain yang turut sera. Tujuan tindakan intervensi itu adalah untuk membantu dan memudahkan si pengkaji membuat pertalian yang dapat merapatkan hubungan antara amalan sebenar (actual practice) dengan harapan atau jangkaan (expectation).

AKTIVITI 2

Masalah

  • BBM kurang ( Keberkesanan BBM, ada tetapi tidak berkesan )
  • P & P yang tidak berpusatkan pelajar ( Kepelbagaian teknik pengajaran )
  • Teknik Kooperaif yang kurang digunakan.
  • Set induksi kurang menarik.

Penambahbaikan

  • Pelajar tertarik dengan pengajaran yang dilakukan oleh guru
  • Pelajar dapat berbincang sesama mereka dengan baik
  • Pelajar tidak bosan dengan teknik pengajaran guru

Strategi

  • Menggunakan BBM yang dapat menarik minat pelajar. Cthnya: Persembahan Power Point yang menarik.
  • Menggunakan set induksi seperti membawa pelajar belajar di luar bilik darjah.
  • Menggunakan teknik pembelajaran secara kooperatif dalam P&P.
  • Merancang aktiviti yang melibatkan pelajar seperti melakukan aktiviti permainan yang berkaitan dengan tajuk pengjaran dan pembelajaran.

AKTIVITI 1

- Selepas mengikuti program Bina Insan Guru:

Refleksi

Semasa mengikuti Program Bina Insan Guru, saya kurang berkeyakinan dalam aktiviti "Kayak". Ini kerana, saya tidak pernah berkayak sebelum ini. Saya juga takut dengan ombak yang kuat pada masa itu. Saya risau kayak kami dimasuki air ataupun terbalik di tengah lautan. Masalah saya ialah kadang-kadang saya kurang yakin dengan apa-apa tindakan yang perlu saya lakukan. Kadangkala, saya perlukan pendapat orang lain untuk memberi keyakinan kepada diri saya.

Masalah

# Kurang berkeyakinan diri

Penambahbaikan

  • saya perlulah lebih yakin dengan setiap tindakan yang saya lakukan.
  • apabila melakukan sesuatu tugasan contohnya assignment, saya perlu yakin bahawa saya boleh buat dan tidak perlu ragu-ragu dengan apa yang saya lakukan.

Matlamat

  • Menjadikan diri lebih berkeyakinan
  • Mampu memberikan pendapat sendiri dengan lebih berkeyakinan

Objektif

  • Yakin dengan diri sendiri
  • Dapat memberikan keyakinan kepada orang lain

Pelan Tindakan - Langkah-langkah

  • Sentiasa bergaul dengan orang lain untuk mendapatkan keyakinan diri melalui pergaulan.
  • Berani untuk memberikan pendapat sendiri tanpa bantuan orang lain.

Mengumpul data

  • Pendapat orang lain tentang diri saya.
  • Menilai diri sendiri melalui pergaulan dengan orang lain.

Memantau

  • Melihat perubahan diri melalui pergaulan dengan orang lain.
  • Menilai diri sendiri melalui setiap tindakan yang dilakukan.

Menilai

  • Saya dapat membantu orang lain dalam apa juga tindakan. Ini bermakna saya sudah ada keyakinan diri memberikan khidmat kepada orang lain.
  • Saya dapat memberikan pandangan yang terbaik kepada orang lain dan tidak perlu ragu-ragu dengan pandangan sendiri.

Friday, April 24, 2009

Kajian Tindakan

  • Penyelidikan merupakan satu proses yang digunakan untuk mengumpul dan menganalisis data untuk mendapat dan meningkatkan kefahaman ke atas sesuatu isu.
  • Kajian Tindakan merupakan satu proses yang terdiri daripada aktiviti merancang, bertindak serta menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil. Proses ini akan diulang dimana hasil daripada proses pertama digunakan untuk untuk perancangan proses kedua dan begitulah seterusnya sehingga keputusan yang memuaskan diperolehi.

GURU PERLU MEMBUAT PENYELIDIKAN

Guru perlu membuat penyelidikan untuk mendapatkan:

  1. sumber maklumat penting P&P
  2. dapat merancang huraian sukatan mata pelajaran
  3. untuk menjadikan budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat perancangan dan tindakan
  4. supaya guru menjadi lebih kritikal
  5. menguji dan pengaplikasian teori pendidikan
  6. penyelidikan dilakukan oleh guru ke atas:
  • pelajarnya
  • sekolahnya

7. dapatan kajian dianggap:

  • berguna
  • bermakna

8. lebih baik dari kajian individu luar

9. sentiasa berminat untuk menilai dan meningkatkan keupayaan mereka dalam profession pendidikan secara berterusan