Thursday, April 30, 2009

AKTIVITI 1

- Selepas mengikuti program Bina Insan Guru:

Refleksi

Semasa mengikuti Program Bina Insan Guru, saya kurang berkeyakinan dalam aktiviti "Kayak". Ini kerana, saya tidak pernah berkayak sebelum ini. Saya juga takut dengan ombak yang kuat pada masa itu. Saya risau kayak kami dimasuki air ataupun terbalik di tengah lautan. Masalah saya ialah kadang-kadang saya kurang yakin dengan apa-apa tindakan yang perlu saya lakukan. Kadangkala, saya perlukan pendapat orang lain untuk memberi keyakinan kepada diri saya.

Masalah

# Kurang berkeyakinan diri

Penambahbaikan

  • saya perlulah lebih yakin dengan setiap tindakan yang saya lakukan.
  • apabila melakukan sesuatu tugasan contohnya assignment, saya perlu yakin bahawa saya boleh buat dan tidak perlu ragu-ragu dengan apa yang saya lakukan.

Matlamat

  • Menjadikan diri lebih berkeyakinan
  • Mampu memberikan pendapat sendiri dengan lebih berkeyakinan

Objektif

  • Yakin dengan diri sendiri
  • Dapat memberikan keyakinan kepada orang lain

Pelan Tindakan - Langkah-langkah

  • Sentiasa bergaul dengan orang lain untuk mendapatkan keyakinan diri melalui pergaulan.
  • Berani untuk memberikan pendapat sendiri tanpa bantuan orang lain.

Mengumpul data

  • Pendapat orang lain tentang diri saya.
  • Menilai diri sendiri melalui pergaulan dengan orang lain.

Memantau

  • Melihat perubahan diri melalui pergaulan dengan orang lain.
  • Menilai diri sendiri melalui setiap tindakan yang dilakukan.

Menilai

  • Saya dapat membantu orang lain dalam apa juga tindakan. Ini bermakna saya sudah ada keyakinan diri memberikan khidmat kepada orang lain.
  • Saya dapat memberikan pandangan yang terbaik kepada orang lain dan tidak perlu ragu-ragu dengan pandangan sendiri.

0 comments: