Thursday, April 30, 2009

Kajian tindakan dalam pendidikan

Definisi Kajian Tindakan

  • Elliot dan Adelman (1976) yang mempelopori Kajian Tndakan Bilik Darjah di UK menegaskan bahawa Kajian Tindakan adalah suatu pendekatan penyelidikan yang berusaha mempertingkatkan mutu profesionalisme guru. Ia merupakan penyelidikan terhadap situasi sosial di sekolah yang bertujuan memperbaiki kualiti amalan guru.

Ciri-Ciri Utama Kajian Tindakan

Kajian Tindakan dibentuk berasaskan beberapa ciri-ciri yang utama. Penjelasan di bawah ini menunjukkan ciri-cirinya boleh dikaji dari beberapa aspek.

Aspek Pendekatan Kajian

  • Kajian tindakan merupakan suatu pendekatan untuk memperbaiki mutu pendidikan melalui perubatan guru dalam P&P.
  • Kajian Tindakan melibatkan proses pembelajaran dan perkembangan ikhtisas guru yang sistematik melalui kritikan yang membina. oleh sebab kajian ini melibatkan guru-guru membuat analisis kritikal berkaitan dengan sesuatu tindakan dalam sesuatu situasi di dalam kelas, maka perubahan dicadangkan bagi memperbaiki dan mempertingkatkan kurikulum di sekolah atau sistem pendidikan yang diamalkan.
  • Kajian Tindakan melibatkan guru-guru membina teori daripada amalan sebenar, maka penekanan Kajian Tindakan adalah kepada masalah praktik bukannya masalah teori.
  • Keutamaan diberi untuk memahami dan memperbaiki amalan sendiri. Amalan sendiri adalh fokus utama sebelum guru memberi perhatian terhadap aspek-aspek lain.

Aspek Alam Persekitaran Kajian

  • Kajian Tindakan dilakukan dalam situasi sebenar seperti di dalam bilik darjah atau sekolah.
  • Kajian Tindakan melibatkan guru dan rakan sejawatannya sebagai penyelidik bersama. Maka aktiviti kajian Tindakan adalah dilakukan secara kolaboratif.
  • Aktiviti kajian melibatkan guru-guru yang terlibat secara langsung dalam sesuatu isu atau masalah di persekitaran sekolah. Maka isu dan masalah menjadi fokus bagi Kajian Tindakan.
  • Kajian tindakan melibatkan tindakan intrvensi dari orang lain yang turut sera. Tujuan tindakan intervensi itu adalah untuk membantu dan memudahkan si pengkaji membuat pertalian yang dapat merapatkan hubungan antara amalan sebenar (actual practice) dengan harapan atau jangkaan (expectation).

0 comments: