Sunday, May 10, 2009

Teori Perubahan - Dr.Mohd Izham Mohd.Hamzah

Konsep Perubahan Dalam Pendidikan

  • Bidang pendidikan telah, sedang & akan menjadi faktor utama untuk menyediakan manusia menghadapi cabaran masa depan.
  • Perubahan dalam pendidikan (Tidak dapat dielakkan )
  • Menurut Oliver (1996),The management of educational Change: A Case Study Approach, perubahan didapati lebih menggambarkan ciri-ciri pendidikan berbanding dengan kestabilan.
Jenis Perubahan

Mengikut Dessler (1995), terdapat 4 jenis perubahan
  1. Perubahan ke arah Peningkatan
  • perubahan ini memberi kesan kepada kompenan2 tertentu dalam organisasi seperti :'
a) Berlakunya perubahan dalam struktur organisasi
b) Memperkenalkan teknologi baru
c) Mengadakan program pembangunan staf untuk tingkatkan komitmen & produktiviti staf

2. Perubahan strategi organisasi
  • melibatkan keseluruhan organisasi seperti:
a)mendefinisikan semula peranan organisasi
b)Perubahan nilai teras organisasi
c)Pembentukan semula misi
d)Perubahan struktur & strategi organisasi
e)mendefinisi semula staf dari segi tugas,peranan, tanggungjawab & sistem ganjaran

3)Perubahan Reaktif
  • Perubahan ini berlaku akibat tindak balas langsung daripada pelanggan & pihak berkepentingan (Stakeholders).
a) kepekaan pelanggan & stakeholders terhadap isu2 persekitaran dan etika memerlukan organisasi melakukan perubahan.
b)Perubahan dari segi prosedur & cara layanan pelanggan hendaklah dilakukan.

4) Perubahan akibat daripada jangkaan
  • Perubahan dilakukan bukan disebabkan oleh desakan pelanggan tetapi kerana terdapatnya kesedaran dalam kalangan pengurusan yang perlu diadakan perubahan bagi memastikan organisasi memperoleh kebaikan kompetatif. antara sebab perubahan ini dilakukan ialah:
  1. persiapan mengahadapi perubahan baru yang akan muncul
  2. persiapan terhadap kemungkinan berlakunya perubahan ke atas kehendak pelanggan
  3. penciptaan baru teknologi yang memerlukan organisasi berubah
  4. persiapan bagi menghadapi perubahan polisi kerajaan
  5. perubahan dalam trend tenaga kerja
PERUBAHAN ADALAH KOMPLEKS
  • perubahan dikaitkan dengan proses evolusi & revolusi
EVOLUSI - Perubahan secara evolusi dikatakan sebagai perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang.
- Menyebabkan perubahan yang ketara dalam status Quo.

REVOLUSI - Perubahan yang pantas
- Perubahan yang meninggalkan kesan yang membinasakan

  • Kompleksiti akan kerumitan perubahan merupakan fokus bagi mendapatkan maklumat tentang perubahan dan tindakan yang perlu diambil untuk mengimplimentasikan perubahan.
MODEL PERUBAHAN

  1. Model penggabungan roger
  • menurut model Roger, proses inovasi bermula apabila masalah/keperluan telah dikenalpasti
  • apabila masalah @ keperluan tersebut telah dikenalpasti, penyelidik akan diselesaikan. fasa ini melibatkan eksperimen & ciptaan yang banyak. seterusnya menghasilkan inovasi.
  • Roger (1995) mengakui bahawa inovasi tidak semestinya terhasil daripada penyelidikan. inovasi mungkin terhasil daripada amalan praktikal di mana pengamal mencari jawapan kepada permasalahan yang timbul.
  • Perkara ini dikaitkan sebagai Knowing-in-action iaitu inovasi yang dihasilkan melalui pengamalan menjadi penting.
2. Model Kanter
  • Kanter (1998)menegaskan bahawa struktur inovasi boleh difahami dengan lebih baik jika proses inovasi dibahagikan kepada beberapa tugas utama. ada 4 tugas inovasi.
  1. Penjanaan idea
  2. Membina idea
  3. Realisasi idea
  4. Pemindaan idea
3.Model Rand
  • Model ini berasaskan kajian yang dijalankan oleh Rand corporation pada tahun 1973-1978 dengan sokongan pejabat pendidikan Amerika Syarikat mengenai perubahan pendidikan. (Berman & Mcaughlin 1978 )
  • Tujuan utama kajian adalah untuk menentukan faktor yang menyebabkan/menghalang perubahan pendidikan
  • Memendu ke arah pengumpulan data dan analisis
  • Menurut Berman & McLaughlin, proses perubahan di sekolah melibatkan 3 langkah.
  1. Daya usaha (Initation)
  2. Implementasi
  3. Penggabungan
4.Model Acot
  • Model ini berdasarkan Projek Apple Classroom Of Tomorrow (ACOT), kajian pengenalan komputer di dalam bilik darjah
  • Pengkaji membuat kesimpulan bahawa kehendak perubahan dalam pengajaran & pembelajaran telah berkembang secara beransur-ansur
  • model ini mempunyai 5 langkah perubahan dalam proses P&P iaitu:
  1. Kemasukan (Entry)
  2. Memilih (Adopation)

AKTIVITI 3

Sebab-sebab Orang Menentang Perubahan dan Cara Penyelesaiannya

Kenapa perubahan ditentang?

- Tidak mahu mengubah kebiasaan. Sudah selesa dengan keadaan sedia ada
- Perubahan drastik yang sukar diterima
- Tidak nampak matlamat kenapa perlu berubah. Mungkin sesetengah individu dalam organisasi masih tidak jelas kenapa mereka perlu berubah.
- Bertentangan dengan budaya organisasi
- Kerumitan yang terpaksa dihadapi untuk perubahan. Ini berkaitan dengan kos yang perlu dibelanjakan untuk mengadakan bengkel contohnya ataupun kesukaran yang dihadapi untuk melatih sumber manusia

Cara penyelesaiannya

- Berfikiran secara positif dan terbuka terhadap perubahan yang ingin dilakukan. Perubahan mungkin lebih menarik dan lebih memudahkan jika diterima dengan hati terbuka dan kesungguhan yang ditunjukkan ke arah melakukan perubahan.

- Menyedikan pelan tindakan yang bersesuaian. Walaupun drastik, tetapi boleh dilaksanakan secara beransur-ansur. Mungkin dengan melalui proses evolusi yang menampakkan hasil sedikit demi sedikit walaupun dalam tempoh yang panjang.

- Penjelasan lanjut perlu diberikan oleh pihak pengurusan tentang matlamat yang ingin dicapai melalui perubahan yang ingin dilakukan. Sentiasa melakukan 'follow up'.. dan 'brain storming' supaya matlamat dapat dilihat dengan jelas dan difahami oleh semua ahli.

- Cuba sedikit demi sedikit untuk belajar menerima budaya orang lain yang dilihat lebih baik untuk diterjemahkan dalam organisasi. Mungkin agak sukar pada peringkat awal tetapi apabila telah menjadi amalan kebiasaan ianya bukan lagi sesuatu yang sukar.

- Pertimbangkan dari sudut kesan jangka panjang. Dengan perubahan yang berlaku, produktiviti dapat ditingkatkan kos untuk perubahan pada peringkat awal akan terbayar dan lebih menguntungkan.





0 comments: