Sunday, May 24, 2009

ulasan buku

Tajuk Buku: Doing Action Research A Guide For School Support Staff
Penulis: Claire Taylor, Min Wilkie and Judith Baser.
Penerbit: Paul Chapman Publishing
Tahun: 2006

KONSEP KAJIAN TINDAKAN.

Kajian Tindakan ialah sesuatu yang berpengaruh untuk perubahan dan peningkatan sesuatu tahap. ( Cohen et al. 2000:226 ).
Pada dasarnya, kajian tindakan ialah latihan, kitaran dan menyelesaikan masalah dalam peringkat setempat. Penyelidikan dilihat sebagai asas atau kaedah untuk membuat perubahan. Melihat kepada kaedah ini, kajian tindakan sebenarnya berfungsi sebagai agen perubahan. ( Gray, 2004: 374 ).
Biasanya, pengkaji yang profesioanl menggunakan metodologi kajian tindakan iaitu mengkaji dan mengubah kebiasaan mereka. ( Gray, 2004: 392 ). Cohen et al. (2000) mencadangkan, mengubah metod pengajaran & pembelajaran, mengubah kebiasaan murid, kedudukan dan sistem nilai atau meningkatkan keberkesanan pentadbiran di sekolah. Dengan sebab itu, ia akan dapat meningkatkan pembangunan profesioanl, persekitaran yang kondusif di tempat kerja serta meningkatkan motivasi dan pemikiran yang positif.

MENGAPA GURU PERLU MEMBUAT KAJIAN TINDAKAN

Untuk Meningkatkan Tahap Pengajaran Dan Pembelajaran

Penyelidikan di sekolah-sekolah adalah satu bahagian daripada pembangunan professional sebagai latihan untuk mendapatkan pemahaman yang baru dan memahami isu-isu di sekolah. Penyelidikan ialah kaedah untuk mendapatkan bukti atau penjelasan daripada sesuatu perkara. Ia merupakan pendekatan sistematik untuk meneguhkan organisasi iaitu untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.

Menjana Teori Baru

Memfokuskan bagaimana dan mengapa latihan pendidikan akan meningkatkan (teori baru) amat penting. Ini bukan hanya satu sebab untuk melakukan penyelidikan. McNiff & Whitehead (2005) tetapi kajian tindakan ialah sebahagian daripada perkara yang membolehkan para guru untuk terlibat dalam melahirkan idea-idea baru. “Guru ialah mereka yang melahirkan teori-teori baru yang patut dihargai”.(2005:4). Ia merangkumi latihan-latihan dalam bilik darjah, termasuklah TAs. Oleh sebab itu, pendekatan secara sistematik dan berdisiplin adalah perlu dalam merangka kerja penyelidikan serta memberikan peluang-peluang untuk melahirkan idea-idea baru melalui pengajaran & pembelajaran.

Memudahkan Perkembangan Kemahiran Berfikir

Dalam penyelidikan, kemahiran berfikir adalah penting untuk meningkatkan proses pengajaran & pembelajaran dan juga untuk melahirkan idea-idea baru. Konsep ‘kemahiran berfikir’ melalui tempat kerja telah dikaji oleh Schon (1983;1987) Brockbank et al. (2002). Selain itu, kerja khusus melalui meningkatkan kemahiran berfikir dalam pendidikan telah dikaji oleh Pollard (2002) dan lain-lain.

REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN

Planning( Perancangan ).

Sebelum kajian tindakan dilakukan, seseorang penyelidik perlu membuat perancangan terhadap isu atau masalah yang akan dikaji.

Senarai Semak Untuk Memilih Fokus Kajian Tindakan

Untuk membuat kajian tindakan, senarai semak kepada fokus kajian perlu bagi melancarkan perjalanan kajian.

Tindakan, Pemerhatian dan Refleksi

- selepas perancangan dibuat, penyelidik perlu melaksanakan kajian berdasarkan apa yang telah dirancang.
- pemerhatian bertindak sebagai pengumpulan maklumat, hasil daripada pemerhatian ini penyelidik dapat mengenalpasti apa yang perlu dilakukan dan melaksanakan apa yang telah dirancang dengan teliti.
- selepas semua perancangan dibuat, penyelidik perlu melakukan refleksi untuk mengetahui sama ada kajian yang dilakukan mencapai matlamat atau sebaliknya.

PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN

Proses kajian tindakan ialah satu kitaran (Lewin, in Cohen et al.2000 ) sebagai satu langkah yang mana mengambil kira perancangan, tindakan, pemerhatian dan penilaian atau kesan daripada kajian. Konsep kajian tindakan melalui proses seperti:
• Mengenalpasti kawasan untuk penyelidikan yang memerlukan perubahan (Kajian).
• Melakukan perubahan (Tindakan ).
• Melihat kepada kesan perubahan (Kajian).
• Mengubahsuai perubahan (Tindakan ).
• Mengulang
• Membuat semula dengan mengambil kira refleksi dan praktis.

PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA.

Kaedah pengumpulan data digunakan untuk mendapatkan maklumat bagi menjalankan kajian tindakan. Kaedah pengumpulan digunakan untuk mempertimbangkan kesesuaian tindakan yang hendak dilakukan. Ini termasuklah pengumpulan data secara kebolehpercayaan dan kesahannya.

Instrumen Kajian

Instrumen kajian ialah alat yang digunakan untuk mengumpulkan maklumat atau data. Ketika melakukan kajian tindakan, pengkaji boleh menggunakan teknik dan instrumen yang sesuai dengan permasalahan kajian. Antara instrumen yang digunakan dalam melakukan kajian tindakan ialah dengan menggunakan pemerhatian, soal selidik dan temubual. Selain itu, terdapat juga alat-alat yang digunakan untuk mengumpul maklumat seperti menggunakan audio visual iaitu dengan membuat rakaman, merekod ataupun menggunakan teknik menulis ketika mengambil maklumat.

Pemerhatian

Pemerhatian adalah kaedah pengumpulan data yang paling cepat dilakukan. Ia termasuklah dengan cara melihat, mendengar, dan juga menulis maklumat-maklumat yang diperolehi. Pemerhatian digunakan secara sistematik iaitu perlulah merekod hasil tinjauan dan tindakan yang dilakukan. Hasil pemerhatian perlu ditafsir dan dianalisis dengan lebih teliti . hal ini bagi mengelakkan berlakunya penafsiran berdasarkan pendapat sendiri. Walau bagaimanapun hal ini tidak patut berlaku

Diari, Jurnal dan Nota Lapangan

Penyelidikan menggunakan diari juga dipanggil jurnal atau nota lapangan. Kaedah ini digunakan untuk merekod maklumat atau data yang diperolehi dengan cara pemerhatian iaitu merekod perkara penting dalam proses penyelidikan.
- Diari kajian digunakan untuk mendapatkan data mentah melalui pemerhatian manusia, keadaan persekitaran, perbualan tarikh dan masa peristiwa berlaku.
- Refleksi pula untuk menyemak dan membuat penambahan maklumat selepas kajian dilakukan.
- Tema digunakan untuk merekod analisa dan tafsiran berdasarkan kajian.
- Merekod bagaimana perasaan dan pengalaman yang diperolehi ketika proses kajian.

Dokumentasi

Projek pendidikan memerlukan analisis berdasarkan bukti dokumen. Contohnya rekod pelajar, latihan atau dokumen-dokumen di sekolah.

Soal selidik

Borang soal selidik ialah set soalan yang perlu dijawab dengan jujur. Borang soal selidik hanya menggunakan soalan yang terbaik sahaja. Borang soal selidik perlu diedarkan kepada responden dan dikumpulkan semula untuk mendapatkan maklumat daripada mereka. Kriteria soal selidik perlulah
- Soalan yang jelas
- Soalan yang ringkas
- Soalan yang mudah difahami
- Menggunakan bahasa yang tepat
- Soalan dapat difahami oleh responden dengan mudah
- Tidak mengelirukan responden

Temubual

Temubual adalah kaedah pengumpulan data secara lisan. Kaedah ini sesuai dengan menggunakan perakam suara untuk mendapatkan maklumat. Temubual boleh dibuat secara kumpulan atau individu. Berdasarkan pemerhatian, kaedah temubual mungkin lebih berstruktur atau separa berstruktur.

ANALISIS DATA

Kajian tindakan ialah suatu penyelidikan yang memerlukan penyelidik bersedia untuk melakukan kajian, iaitu untuk memastikan tahap keberkesanannya bagi mengelakkan berlakunya kesalahan dan kesilapan. Freeman mencadangkan empat perkara penting yang diperlukan untuk menganalisis kajian:
• Menamakan
• Mengumpulkan
• Menghubungkaitkan
• Mempamerkan


Mempamerkan Data

Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mempamerkan data. Antaranya ialah pengkaji perlu memberikan gambaran kepada pembaca untuk mencari cara bacaan yang berkesan. Ini boleh dilihat melalui kaedah soal selidik.
Menganalisis data:
 Mendapatkan data yang sahih dan dipercayai
 Menganalisis data secara kritis
 Mengambil pendapat-pendapat yang boleh dikaitkan dengan maklumat

ETIKA KAJIAN

Etika ialah garis panduan yang digunakan dalam pengumpulan data. Antara etika yang perlu dipatuhi ialah:
• Mendapatkan kebenaran pihak terlibat untuk menjalankan kajian
• Meminta persetujuan daripada orang yang terlibat dalam kajian
• Merahsiakan maklumat yang diberikan oleh responden

METODOLOGI KAJIAN

kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan itu adalah terbatas. Olah itu mengumpulkan data yang ingin digunakan mestilah ada kebolehpercayaan iaitu maklumat yang ada hendaklah tepat. Oleh sebab itu, segala ketidakpastian atau ragu-ragu sewajarnya tidak wujud.

Kesahan

kesahan pula adalah lebih kompleks daripada kebolehpercayaan iaitu ia menjelaskan keadaan instrumen pengumpulan data iaitu mengumpul atau mengukur maklumat yang telah dirancang. Kesahan ialah pemerhatian yang telah direkodkan dan dianalisis. Kesahan ialah menilai sesuatu data itu terdapat kesilapan atau keraguan. Keseluruhannya, kebolehpercayaan dan kesahan adalah penting untuk mengenalpasti data yang diperolehi adalah benar ataupun tidak.

PENILAIAN KESELURUHAN.

Secara keseluruhannya, buku ini sesuai dijadikan panduan bagi mereka yang baru belajar untuk melakukan kajian tindakan.buku ini menerangkan cara membuat report daripada data yang diperolehi. walaubagaimanapun, buku ini terdapat beberapa kelemahan kerana tidak terdapat penerangan secara terperinci berkenaan dengan reka bentuk kajian secara khusus dan perlu memahami sendiri kajian yang dilakukan.Namun begitu, buku ini sesuai digunakan untuk menambahkan maklumat dan pemahaman sendiri.

0 comments: