Thursday, June 4, 2009

PENGUMPULAN DATA - Pn.Sakinah

  • Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk pengumpulan data.Walaupun begitu, kepelbagaian teknik tidak mampu menjanjikan kualiti dapatan kajian. Untuk itu, usaha untuk memastikan kualiti yang tinggi dalam penyelidikan perlu dipelajari dengan gigih.
3 SEBAB PERLU CAPAI KUALITI TINGGI
  1. Tanggungjawab kepada pelajar
  2. Keperluan kepada kecekapan diri/orang lain
  3. Keperluan untuk membuat tindakan dan berubah kepada perkara manfaat (menambah ilmu pengetahuan) dengan melakukan penyelidikan tindakan.
KRITERIA
  • Serupa dengan kriteria jenis penyelidikan lain
  • 2 rukun sains dalam senarai penyelidik dalam kriteria kualiti ialah kesahan dan kebolehpercayaan.
  • Kedua-dua konsep ini kritikal kepada kualiti penyelidikan tindakan.
KESAHAN
  • Merujuk kepada kebenaran data
  • Dengan mengetahui samaada data sebenarnya mengukur/mencerminkan fenomena khusus yang dikaji
KEBOLEHPERCAYAAN

- Berkaitan dengan ketepatan data
- masalah kebolehpercayaan dalam pendidikan selalu berlaku apabila data diambil dari sampel yang terlalu kecil
- sehubungan dengan itu, untuk penambahbaikan data penyelidikan tindakan, kita perlu selalu tanya
  • adakah maklumat ini merupakan perwakilan tepat realiti?
  • Bolehkah saya fikir sebarang sebab untuk syak kepada ketepatan data?
5 TAHAP PENYELIDIKAN TINDAKAN

TAHAP 1 - Mengenalpasti masalah
TAHAP 2 - Perancangan tindakan
TAHAP 3 - Mengumpul data
TAHAP 4 - Analisis data
TAHAP 5 - Perancangan untuk tindakan seterusnya

MENGUMPUL DATA

# Apakah jenis data kita perlu kumpul untuk menjawab persoalan kajian.
# Bagaimana kita hendak memastikan terdapat pelbagai perspektif

ALAT PENGUMPULAN DATA

- Pemerhatian (Video tape) - Nota guru & Komen
- Kerja pelajar - Refleksi pelajar & kerja pelajar
- Jurnal pelajar - Ujian
- Tinjauan soal selidik - Temuduga ( Audio Tape )


Thursday, May 28, 2009

TUGASAN HJH.HALIMAH

AKTIVITI 1

Aktiviti pertama, kami diminta mengeluarkan kertas bersaiz A4 dan menulis perkara-perkara yang diminta oleh pensyarah. Antara perkara tersebut ialah:

  1. Nama penuh:
  2. Program DPLI:
  3. Status:
  4. Alamat lengkap:
  5. Program semasa Ijazah Sarjana Muda:
  6. Universiti semasa Ijazah Sarjana Muda:
  7. Nama guru idola:
  8. Kenapa guru tersebut menjadi idola:
  9. Guru yang tidak disukai:
  10. Kenapa guru tersebut tidak disukai:
  11. Kenapa ingin menjadi seorang guru:
  12. Apakah peranan seorang guru:
  13. Diminta melukis sebatang pokok dan disertakan dengan tandatangan dan tarikh lahir.
AKTIVITI 2

Kami diminta merumuskan salahsatu daripada tajuk Seminar Serantau di Klana Resort Seremban.

Tajuk Pembentangan: TAHAP KESEDIAAN PENGGUNAAN ICT DALAM PEMBELAJARAN KOMPONEN KOGNITIF SERTA KESANNYA TERHADAP HASIL KERJA & TINGKAHLAKU MURID PRASEKOLAH.

Intisari pembentangan
  • Komputer bukan sahaja dapat menyimpan maklumat dengan kapasiti tinggi malah dapat mengukur perkembangan kanak2 dengan cepat & berkesan. Perisian yang digunakan juga mampu meningkatkan produktiviti guru & penilaian kanak2 dalam mempelajari bidang sains.
  • Tujuan kajian ialah untuk melihat penggunaan ICT dalam pembelajaran komponen kognitif & kesannya ke atas hasil kerja serta tingkahlaku dalam kalangan murid prasekolah.
  • dapatan kajian menunjukkan kesediaan guru dan kemudahan fizikal berada pada tahap kebanyakan, manakala kesesuaian bahan pada tahap sebahagian besar. Ini menunjukkan bahawa guru telah bersedia untuk melaksanakan pengajaran menggunakan ICT.
  • Kesimpulan, murid2 prasekolah yang menerima pengajaran ICT & tanpa ICT menunjukkan hasil pembelajaran yang sama sahaja. Ini disebabkan kesediaan fizikal & strategi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Proposal Kajian Tindakan

Monday, May 25, 2009

ULASAN ARTIKEL/JURNAL

Jurnal 1

Tajuk: Using Critical Incidents To Promote and Assess Reflective Thinking In Preservice Teachers

sampel kajian: 135 undergraduate preservice teacher
setting kajian: Midwestern, University

Prosedur Kajian
:

  • Kajian ini dilakukan oleh guru-guru dalam pra perkhidmatan
  • kajian ini dilakukan selama 6 minggu
  • kajian ini dianalisis oleh 3 orang panel iaitu untuk menilai:
  1. Tahap kemampuan bahasa dan pemikiran
  2. Kedudukan pertumbuhan dan penyelidikan
  3. kemahiran berfikir.
Metodologi
# Menghuraikan dan menjelaskan sesuatu perkara kemudian mencari makna am dan pengelasan bagi perkara tersebut. Selepas itu mengambil kedudukan berkenaan dengan maksud umum seterusnya membuat tindakan yang perlu diambil.

Pengumpulan Data
  • 135 orang dipilih oleh 28orang guru pra perkhidmatan dalam satu tempoh selama 6 minggu. Pada akhir semester, mereka dapat membuat refleksi kendiri berdasarkan tanggapan mereka dalam menilai tahap kemahiran.
Analisis Data
  • Panel penilai terdiri daripada dua orang yang berpengalaman dalam program persediaan guru.
  • Hasil penilaian peserta digunakan untuk meningkatkan kemajuan dalam pendidikan.
  • Kursus untuk meningkatkan pembangunan pembangunan pendidikan diperlukan
  • Penilaian kepada peserta dilakukan oleh pensyarah dan mereka yang berpengalaman.
Kesimpulan.

Kajian ini bertujuan menentukan kesan-kesan Critical Incidents dan aktiviti pengajaran serta tahap keupayaan guru-guru dalam pra perkhidmatan dalam pendidikan. Kesimpulannya, Critical Incidents adalah salah satu cara yang baik dalam aktiviti pengajaran dan keupayaan guru-guru dalam pra perkhidmatan.

Jurnal 2

Tajuk: An Action Research Exploration Integrating Student Choice and Arts Activities In a Sixth Grade
Courtney Kosky, & Reagan Curtis, 2008, social studies classroom. Journal of Social Studies Research 32(1): 22-27.

Sampel Kajian: Pelajar (650 orang) gred 6 dalam mata pelajaran social studies, sekolah West Virginia, US
Setting Kajian: Dalam kelas (Classroom)

Prosedur Kajian :
  • Kajian dilakukan oleh guru pelatih sebagai penulis pertama dan guru pembimbing dan pensyarah sebagai penulis kedua.
  • Kajian dijalankan selama 20 kali pengajaran
  • Kajian dilakukan untuk melihat penglibatan pelajar dengan aktif dalam proses pembelajaran mereka.
Metodologi:
  • Subjek Arts digabungjalinkan dalam subjek social studies. Dalam penggabungan ini, terdapat projek yang perlu dilaksanakan oleh pelajar. projek tersebut ialah pembentangan projek pelajar seperti membuat lakonan, lagu, power point dan sebagainya.
Pengumpulan Data:
  • temubual harian
  • catatan guru berkenaan tahap penglibatan pelajar
  • penilaian berdasarkan talian Multiple Intelligence secara tidak formal pada awal kajian.
  • pelajar membuat maklum balas bertulisan
Analisis Data:
  • Refleksi yang diperolehi digunakan untuk meningkatkan pengajaran seterusnya.
  • berdasarkan komen bertulis pelajar, pelajar dari kumpulan markah tertinggi dikumpul untuk dinilai kejayaan.
  • berdasarkan dapatan yang diperolehi, aktiviti yang tidak disukai oleh pelajar dikeluarkan dari rancangan pengajaran
Kesimpulan:
Secara keseluruhannya, kajian ini berkenaan dengan cara meningkatkan penglibatan pelajar dalam pembelajaran. Kajian ini juga memberikan kesan kepada guru untuk membuat penambahbaikan berdasarkan hasil kajian.


Jurnal 3

Using Student interviews to guide classroom instruction: an Action Projects -Buschman, 2001


Sampel Kajian: Pelajar

Setting kajian: Jefferson Elementary School

Prosedur Kajian:
- Mengenalpasti masalah
- Penyelidikan
- merancang
- tindakan

Pengumpulan Data:

- melalui temubual dengan pelajar, pemerhatian di dalam bilik darjah dan penilaian kendiri guru.

Analisis Data:

- Mengenalpasti masalah terlebih dahulu dan mencari cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah dalam kelas matematik.

- memfokus kepada 2 soalan utama: guru membuat temubual dengan pelajar untuk mendapat gambaran yang tepat tentang tahap pemahaman matematik pelajar.

- Dengan itu, guru-guru dapat meningkatkan cara pengajaran mereka dalam matematik.

- Pengumpulan data menggunakan teknik kualitatif di mana mereka yang terlibat ialah pelajar-pelajar yang ditemubual, penilaian kendiri guru, refleksi (dapatan Jurnal), dan sesi untuk berkongsi maklumat dengan ahli yang lain.

Kesimpulan:

kesimpulannya, guru-guru mendapat banyak faedah hasil daripada temubual dengan pelajar dimana ia memberikan gambaran untuk melihat tahap pemahaman subjek matematik di sekolah. pendekatan yang digunakan ialah arahan kognitif yang berpandu yang mana pengajaran adalah cara paling berkesan dan guru hendaklah peka dengan tugasan pelajar berdasarkan kemahiran mereka. selain daripada itu, pendekatan teori konstruktivisma untuk memahami masalah pelajar-pelajar akan membantu menyelesaikan permasalahan mereka. selain itu, hasil temubual dengan pelajar menyebabkan tumpuan mereka untuk memenuhi keperluan mereka. guru-guru dapat mengenalpasti pelajar-pelajar yang layak untuk pergi ke tahap yang seterusnya dan sebagainya.