AKTIVITI 1
Aktiviti pertama, kami diminta mengeluarkan kertas bersaiz A4 dan menulis perkara-perkara yang diminta oleh pensyarah. Antara perkara tersebut ialah:
- Nama penuh:
- Program DPLI:
- Status:
- Alamat lengkap:
- Program semasa Ijazah Sarjana Muda:
- Universiti semasa Ijazah Sarjana Muda:
- Nama guru idola:
- Kenapa guru tersebut menjadi idola:
- Guru yang tidak disukai:
- Kenapa guru tersebut tidak disukai:
- Kenapa ingin menjadi seorang guru:
- Apakah peranan seorang guru:
- Diminta melukis sebatang pokok dan disertakan dengan tandatangan dan tarikh lahir.
Kami diminta merumuskan salahsatu daripada tajuk Seminar Serantau di Klana Resort Seremban.
Tajuk Pembentangan: TAHAP KESEDIAAN PENGGUNAAN ICT DALAM PEMBELAJARAN KOMPONEN KOGNITIF SERTA KESANNYA TERHADAP HASIL KERJA & TINGKAHLAKU MURID PRASEKOLAH.
Intisari pembentangan
- Komputer bukan sahaja dapat menyimpan maklumat dengan kapasiti tinggi malah dapat mengukur perkembangan kanak2 dengan cepat & berkesan. Perisian yang digunakan juga mampu meningkatkan produktiviti guru & penilaian kanak2 dalam mempelajari bidang sains.
- Tujuan kajian ialah untuk melihat penggunaan ICT dalam pembelajaran komponen kognitif & kesannya ke atas hasil kerja serta tingkahlaku dalam kalangan murid prasekolah.
- dapatan kajian menunjukkan kesediaan guru dan kemudahan fizikal berada pada tahap kebanyakan, manakala kesesuaian bahan pada tahap sebahagian besar. Ini menunjukkan bahawa guru telah bersedia untuk melaksanakan pengajaran menggunakan ICT.
- Kesimpulan, murid2 prasekolah yang menerima pengajaran ICT & tanpa ICT menunjukkan hasil pembelajaran yang sama sahaja. Ini disebabkan kesediaan fizikal & strategi dalam pengajaran dan pembelajaran.
0 comments:
Post a Comment