Friday, April 24, 2009

Kajian Tindakan

  • Penyelidikan merupakan satu proses yang digunakan untuk mengumpul dan menganalisis data untuk mendapat dan meningkatkan kefahaman ke atas sesuatu isu.
  • Kajian Tindakan merupakan satu proses yang terdiri daripada aktiviti merancang, bertindak serta menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil. Proses ini akan diulang dimana hasil daripada proses pertama digunakan untuk untuk perancangan proses kedua dan begitulah seterusnya sehingga keputusan yang memuaskan diperolehi.

GURU PERLU MEMBUAT PENYELIDIKAN

Guru perlu membuat penyelidikan untuk mendapatkan:

  1. sumber maklumat penting P&P
  2. dapat merancang huraian sukatan mata pelajaran
  3. untuk menjadikan budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat perancangan dan tindakan
  4. supaya guru menjadi lebih kritikal
  5. menguji dan pengaplikasian teori pendidikan
  6. penyelidikan dilakukan oleh guru ke atas:
  • pelajarnya
  • sekolahnya

7. dapatan kajian dianggap:

  • berguna
  • bermakna

8. lebih baik dari kajian individu luar

9. sentiasa berminat untuk menilai dan meningkatkan keupayaan mereka dalam profession pendidikan secara berterusan


0 comments: